"
Aku telah lama memadam harap untuk berbahagia,
kerana untuk aku derita adalah lumrah dunia,
jika Tuhan sekalipun berbelas kasih memberikannya,
aku sekadar menganggap itu bakal pergi dalam tidak lama.
Kadang bila senyum rasa nanti dikhianat masa,
Kadang bila senang rasa nanti ditipu rasa,
entah sudah berapa kali kita mengecap bahagia,
dan itu semua dalam sebentar telah tiada.
Kerana aku duduk di atas dunia.
Bukan di dalam syurga.
—
(Source: halawatul-iman)